Agensi

MAHKAMAH di Jakarta hari ini mendapati gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok bersalah atas tuduhan menghina Islam dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atasnya.

Panel lima hakim itu mengarahkan Ahok ditahan serta-merta.

Ketua hakim berkata, perbicaraan itu berkait dengan jenayah semata-mata dan mahkamah menolak ada aspek politik dalam kes berkenaan.

Hukuman maksimum menghina agama di Indonesia ialah penjara lima tahun.

Ahok berkata, beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Ahok dihadapkan ke mahkamah tahun lalu bagi menghadapi tuduhan menghina Islam ketika berkempen untuk pilijan raya Gabenor.

Bulan lalu, Ahok tewas dalam pilihan raya itu kepada bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 12:26 PM
AHOK (tengah) tiba di mahkamah bagi menunggu keputusan perbicaraan. FOTO ReutersPOOL
AHOK (tengah) tiba di mahkamah bagi menunggu keputusan perbicaraan. FOTO ReutersPOOL