JURURAWAT menyuntik vaksin Covid-19 pada orang awam. FOTO AFP
JURURAWAT menyuntik vaksin Covid-19 pada orang awam. FOTO AFP
AFP

London: Britain menjadi negara Barat pertama memulakan kempen pemberian vaksin Covid-19 pada skala besar dengan seorang pesara menjadi individu pertama menerima suntikan berkenaan.

Negara itu melaksanakan pemberian vaksin keluaran Pfizer-BioNTech hari ini.

Pesara, Margaret Keenan, 90, berkata, dia berasa 'istimewa' apabila dipilih untuk menerima suntikan berkenaan, yang pertama daripada jutaan individu yang akan menerima suntikan sama dalam beberapa bulan.

"Nasihat saya kepada semua, ambillah vaksin ini jika ditawarkan. Jika saya boleh mengambilnya pada usia 90 tahun, sudah tentu anda juga boleh," katanya.

Pegawai Britain memuji vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech dan menyifatkannya sebagai titik tolak dalam memerangi wabak itu.

Orang ramai turut menggelarnya sebagai "V-Day" di mana ramai orang menggulung lengan baju mereka untuk mendapatkan dos masing-masing hari ini.

Suntikan kedua diberikan kepada seorang lelaki bernama William Shakespeare yang berusia lebih 80 tahun.

Dia adalah pekerja rumah jagaan, serta kakitangan kesihatan dan sosial yang berisiko.

Sebahagian besar penduduk Britain menyatakan persetujuan terhadap pemberian vaksin, tetapi menteri dan profesional kesihatan sedar bahawa mereka masih perlu memerangi ketidakpercayaan terhadap rawatan yang berisiko menghalang usaha global untuk memerangi penyakit ini.

Rusia pada Sabtu lalu mula memberikan vaksin kepada pekerja berisiko tinggi dengan vaksin mereka sendiri manakala, Beijing juga telah memulakan kempen suntikan kecemasan dengan ubat yang dibuat di China.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperingatkan bahawa pemberian vaksin yang berjaya tidak akan segera mengakhiri krisis, negara-negara di seluruh dunia mencari calon yang selamat untuk diberikan kepada populasi yang dilihat semakin bosan dengan sekatan dan kesakitan ekonomi yang timbul rentetan pandemik ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 7:36 PM