Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. FOTO Arkib NSTPEHSAN JABATAN PENERANGAN
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. FOTO Arkib NSTPEHSAN JABATAN PENERANGAN
Meor Riduwan Meor Ahmad dan Aizat Sharif


SULTAN Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar, 2:30 petang tadi.

Pengumuman rasmi mengenai kemangkatan baginda akan dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman, 6 petang ini.

Almarhum yang berusia 89 diputerakan 28 November 1927 adalah Sultan Kedah ke-27.

Almarhum mewarisi takhta Kedah pada Julai 1958 daripada ayahandanya dan ditabalkan pada Februari 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 5:04 PM