Barang seperti lembing, ayam, pinang berangkai, sirih, kapur, gambir, cengkih, kelapa dan rokok pucuk disediakan oleh keluarga peserta sunat untuk dihadiahkan kepada Tok Mudim dan Wali Budak pada Upacara Mada Barang. FOTO Bernama

Tukang Gelanggang membaca mentera ketika Upacara Melepas Balai. FOTO Bernama

Peserta sunat dibaringkan untuk ditepung tawar sebelum Upacara Bersunat. FOTO Bernama

Penjaga membawa tanah liat yang diletakan di dalam tempurung untuk menadah darah ketika bersunat ketika Upacara Berendam Sungai. FOTO Bernama

Peserta sunat berendam dengan mengadap antara satu sama lain ketika Upacara Berendam Sungai.  FOTO Bernama

Peserta sunat bermain air ketika Upacara Berendam Sungai. FOTO Bernama

Tok Mudim membaca mentera ketika membawa peserta sunat mengikuti Upacara Berendam Sungai. FOTO Bernama

Peserta sunat melalui denai untuk ke sungai bagi mengikuti Upacara Berendam Sungai. FOTO Bernama

Peserta sunat yang dihias seperti raja dibawa naik ke balai untuk diperkenalkan kepada Tok Mudim ketika Upacara Memarai. FOTO Bernama

Tok Mudim membaca mentera ketika diperkenalkan dengan peserta sunat ketika Upacara Memarai. FOTO Bernama

Peserta sunat yang dihias seperti raja menari adat bersama Wali Budak ketika Upacara Memarai. FOTO Bernama

Peserta sunat yang dihias seperti raja dibawa naik ke balai bagi memulakan Upacara Memarai.  FOTO Bernama

Wali Budak membaca mentera ketika membawa peserta sunat pada Upacara Melawat Pusara Nenek Moyang.  FOTO Bernama

Peserta sunat dihias seperti raja sebelum memulakan Upacara Melawat Pusara Nenek Moyang.  FOTO Bernama

Peserta sunat yang dihias seperti raja dipangku oleh penjaga pada Upacara Melawat Pusara Nenek Moyang. FOTO Bernama

Peserta sunat membawa ayam jantan untuk dikorbankan pada upacara Buka Balai dan Gelanggang pada Majlis Bersunat Suku Kaum Jahut di Kampung Penderas Kuala Krau, Temerloh. FOTO Bernama

BERNAMA

Temerloh: Seni dan adat bersunat Suku Kaum Jahut sarat dengan ritual merupakan perayaan terbesar mereka yang berfahaman animisme.

Memakan masa selama dua hari, kanak-kanak yang bakal menempuh alam dewasa akan melalui pelbagai ritual adat yang menjadi elemen penting perayaan ini seperti Buka Gelanggang dan Balai, Berarak Melawat Pusara Nenek Moyang, Malam Memarai, Berendam Sungai, Bersunat, Madah Barang dan Melepas Balai.

Antara orang penting yang terlibat dalam ritual ini termasuklah penghulu balai, tok mudim, tukang gelanggang, wali budak yang masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri agar majlis dapat berjalan dengan lancar.

Ritual dimulakan dengan Upacara Buka Balai dan Gelanggang yang mana Tukang Gelanggang akan membaca jampi mengelilingi gelanggang di hadapan balai dan peserta akan membawa masuk ayam jantan untuk dikorbankan bagi meminta restu mengikut kepercayaan mereka.

Bagi upacara Melawat Nenek Moyang, peserta terlebih dahulu dihias seperti seorang raja dan dipangku oleh penjaga sepanjang perarakan mengelilingi pusara untuk berdoa supaya anak cucu mereka cepat sembuh selepas bersunat.

Upacara Malam Memarai merupakan upacara yang paling dinantikan peserta dan penduduk kampung kerana selepas peserta sunat diperkenalkan kepada Tok Mudim, tetamu akan dijamu makan malam dan dipersembahkan dengan menari adat peserta bersama Wali Budak.

Seawal jam 7 pagi keesokannya peserta yang bersunat akan dibawa ke sungai untuk Upacara Berendam Sungai dengan diiringi Tok Mudim yang membaca jampi agar tidak ada pendarahan kritikal semasa proses bersunat dijalankan di samping mencuci segala kotoran sebelum upacara tersebut.

Pada kemuncak ritual ini, peserta sunat yang berendam di sungai akan dibaringkan di balai untuk ditepung tawar bertujuan menghalau iblis sebelum dibawa masuk ke anjung khas untuk proses seterusnya.

Selepas selesai bersunat, upacara Madah Barang bersama keluarga yang menyertai upacara bersunat akan berlangsung dengan menyediakan buah tangan seperti lembing, ayam, pinang berangkai, sirih, kapur, gambir, cengkih, kelapa dan rokok pucuk kepada Tok Mudim dan Wali Budak. Upacara terakhir ritual sunat Suku Kaum Jahut ini adalah Melepas Balai dengan Tukang Gelanggang akan menjampi ke seluruh gelanggang dipercayai menyuruh 'penunggu' pulang ke tempat asal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2023 @ 5:47 PM