MAMA Pinky bersama Tuah Ramadan yang kudung kedua-dua kaki hadapannya. FOTO Effendy Rashid
MAMA Pinky bersama Tuah Ramadan yang kudung kedua-dua kaki hadapannya. FOTO Effendy Rashid
Effendy Rashid

DEMI kasih sayang dan simpati yang mendalam terhadap haiwan terbiar, Nazirah Abd Rahman, 42, atau terkenal dengan panggilan Mama Pinky sanggup berhabis wang dan tenaga untuk memastikan haiwan terbabit hidup dengan baik.

Beliau membuat kerja sampingan dengan menjadi ahli ‘Komuniti Kami Clown’ di Ipoh sebagai badut untuk menampung perbelanjaan membeli makanan atau ubat bagi kucing jalanan yang ditemui selain 50 ekor kucing dalam jagaannya.

FOTO Effendy Rashid
FOTO Effendy Rashid

Mama Pinky tidak mempedulikan tanggapan orang asalkan beliau gembira apabila dapat memberi kasih sayang kepada kucing yang sememangnya antara haiwan paling disayanginya.

FOTO Effendy Rashid
FOTO Effendy Rashid

Nazirah yang lengkap berpakaian dan bersolek sebagai badut sering muncul sebagai penghibur pengunjung pada malam minggu di kafe Konda Kondi di Ipoh. Kelibatnya yang tampil dengan perwatakan ceria membawa pelbagai reka bentuk belon berwarna-warni untuk kanak-kanak menerima sumbangan secara ikhlas.

FOTO Effendy Rashid
FOTO Effendy Rashid

Sesekali beliau akan berhenti jika terserempak kucing untuk memberi makanan atau membelainya.

FOTO Effendy Rashid
FOTO Effendy Rashid

Menurut Nazirah yang juga perunding kecantikan di sebuah pusat beli-belah di Ipoh, beliau membelanjakan hampir RM400 seminggu bagi membeli makanan atau ubat untuk kucing jagaannya dan yang di jalanan.

FOTO Effendy Rashid
FOTO Effendy Rashid

Beliau juga menerima jemputan bagi memeriahkan suasana majlis seperti hari jadi atau hari keluarga. Penat lelah Usaha Nazirah terubat apabila disambut kucing peliharaannya sebaik tiba di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 12:53 PM