Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulhayat Mat Ariff

Cameron Highlands: Kerajaan Persekutuan bercadang mewujudkan pelan pembangunan masyarakat Orang Asli yang komprehensif dalam memajukan masyarakat berkenaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan pelan berkenaan bagi memajukan masyarakat Orang Asli secara lebih berkesan.

WAN Azizah  beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Sungai Ruil,Cameron Highlands. FOTO Effendy Rashid
WAN Azizah beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Sungai Ruil,Cameron Highlands. FOTO Effendy Rashid

“Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli daerah Cameron Highlands di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Ruil semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 January 2019 @ 10:27 AM