Minda Optima bantu kaedah pembelajaran
Minda Optima bantu kaedah pembelajaran

Kuala Lumpur: Selepas 27 tahun, syarikat ilmiah, Minda Optima Sdn Bhd masih teguh berkhidmat atas misi utama membantu golongan ibu bapa yang berdepan dengan masalah anak-anak gagal membaca.

Malah bagi pengasasnya, Zalma @ Rashida Mamat, 52, berasal dari Terengganu, usaha murni itu tidak akan pernah bernoktah.

Bekas guru bidang pendidikan awal kanak-kanak dari Institut Bahasa KL itu banyak berkongsi pengalaman di syarikat berpangkalan dekat Sri Gombak.

Selain pengajaran dalam talian, terdapat tiga pusat tuisyen di Taman Sri Gombak, Taman Melawati dan Setiawangsa dengan 110 tenaga pengajar serta 11 staf yang menjadi nadi kekuatan mereka.

Menurut Zalma, sejak era pandemik Covid-19 dua tahun lalu mereka juga memperkenalkan inisiatif kelas percubaan percuma dalam talian untuk satu sesi selama satu setengah jam untuk kanak-kanak yang belum fasih membaca.

"Hingga kini sudah lebih 5,000 ibu bapa memilih untuk memasukkan anak mereka dari usia empat hingga ke 12 tahun ke kelas percubaan percuma ini.

"Malah kita melihat ramai pelanggan yang datang kebanyakan anak mereka berusia 6 tahun yang bakal mendaftar ke sekolah rendah masih lagi gagal membaca dengan baik.

"Apa yang kami boleh simpulkan kelemahan itu ada yang berpunca dari masalah anak yang kurang fokus dan juga kegagalan guru menangani masalah gaya pembelajaran anak-anak yang berbeza, menyebabkan ramai tercicir," katanya yang mensasarkan memberi tumpuan pada dua golongan.

Pengasas Minda Optima, Zalma @ Rashida Mamat
Pengasas Minda Optima, Zalma @ Rashida Mamat

Membabitkan pertama, kanak-kanak yang belum masuk ke tadika atau sekolah rendah tetapi ibu bapa mahu mereka boleh membaca lebih awal.

Manakala kedua pula dalam kalangan murid yang sudah bersekolah iaitu tahun satu hingga enam tapi tetap gagal membaca hingga dimasukkan ke kelas pemulihan.

"Program pengajaran kita anjurkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kelas percubaan percuma dalam talian itu mengehadkan satu kumpulan terdiri daripada tujuh kanak-kanak supaya memudahkan pengajar memberi perhatian kepada semua secara 'one to one," katanya.

Hasil pembelajaran dari kelas percubaan percuma ini ternyata memberi kegembiraan kepada ibu bapa apabila anak mereka dapat menguasai teknik bacaan dalam masa sesingkat 1 jam setengah.

"Seterusnya kita alu-alukan ibu bapa untuk menyertai kelas berbayar kami dengan tiga pakej dan pilihan jangka masa. Mereka boleh pilih untuk daftarkan anak mengikut target penguasaan membaca yang di ingini ibu bapa iaitu lancar membaca dalam masa 1 bulan, 3 bulan ataupun 6 bulan.

"Tempoh paling banyak menjadi pilihan ibu bapa ialah selama tiga bulan. Kita tawarkan harga yuran bulanan dari serendah RM140 hingga RM310 sebulan. Pilihan di tangan anda."Boleh klik pautan https://pantasbaca.com/ atau ke Instagram rasmi di @mindaoptimahq untuk mencuba kelas percubaan percuma dan program berbayar ditawarkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2022 @ 10:57 AM