DILAMAR beraksi dalam drama bersiri adaptasi popular dari Korea Selatan. FOTO Aswadi Alias
DILAMAR beraksi dalam drama bersiri adaptasi popular dari Korea Selatan. FOTO Aswadi Alias
Ramlah Zainal


MODEL dan pelakon kacak, Hun Haqeem, 26, antara bintang muda yang mencipta nama di persada seni tanah air ketika ini.

Selepas menempa nama menerusi watak Jekfer (Jaafar) dalam drama bersiri popular, Kampung People dan Kampung People 2 berganding dengan Riena Diana, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy tidak menoleh ke belakang lagi.

Wataknya sebagai imam dalam Imam Instant Ustazah Scammer berganding dengan pelakon popular Mira Filzah juga terus membuatkan namanya terus menjadi kegilaan peminat.

Terbaharu, pelakon berbakat dari Kuching, Sarawak ini dilamar untuk beraksi dalam drama bersiri adaptas

i popular dari Korea Selatan berjudul W: Two Worlds untuk Viu Originals yang juga drama fantasi percintaan yang pernah mencetuskan fenomena pada 2016.

Hun berganding dengan pelakon Daiyan Trisha melakonkan watak yang dipopularkan Lee Jong-suk dan Han Hyoo-joo.

Demi menjayakan watak, Hun berkata, dia berusaha menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg).

Menurut Hun, dia mengambil tempoh tiga bulan menurunkan berat badannya itu.

"Sebelum ini berat badan saya mencecah 80kg. Justeru, pengarah drama bersiri itu, Datuk Yusry Abdul Halim meminta saya menurunkan berat badan untuk disesuaikan dengan watak terbabit," katanya.

MENDISIPLINKAN diri dengan bersenam dan menjaga pemakanan. FOTO Aswadi Alias
MENDISIPLINKAN diri dengan bersenam dan menjaga pemakanan. FOTO Aswadi Alias

Mengenai cabaran dihadapi, Hun berkata, dia mengambil semangat idolanya iaitu bintang Hollywood, Christian Bale untuk menurunkan berat badannya.

"Christian turut melakukan perkara sama untuk menjiwai watak dalam filem lakonannya. Saya pula melakukannya kerana tuntutan watak. Jika Christian boleh melakukannya kenapa saya tidak boleh? Saya mahu berikan yang terbaik untuk watak itu nanti," katanya.

Hun berkata, dia mula mendisiplinkan diri dengan bersenam dan menjaga pemakanan bila mempunyai masa terluang.

"Jika tidak sempat ke gimnasium, saya akan pastikan banyak berjalan dan kekal aktif seperti meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang lebih jauh," katanya.

Hun berkata, berat badannya pernah mencecah 102kg sebelum ini.

"Proses menurunkan berat badan tidak sukar kerana saya sudah ada pengalaman sebelum ini. Badan saya juga tidak terkejut dengan proses penurunan badan untuk kali kedua ini. Saya juga seronok melalui perjalanan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 6:11 AM