Hun Haqeem memeluk kakaknya.
Hun Haqeem memeluk kakaknya.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Aksi spontan pelakon Hun Haqeem yang sedang berjalan di karpet merah bagi acara promosi drama bersiri Nenek Bongkok Tiga dan memeluk wanita yang berada di tempat peminat bahagia tepi mengundang pelbagai reaksi.

Video yang dimuat naik di Tik Tok oleh pengguna media sosial itu memperlihatkan pelakon kelahiran Sarawak berkenaan secara tiba-tiba salam dan memeluk seorang wanita bertudung.

Malah kapsyen pada video yang dikongsikan akaun berkenaan turut berpesan agar pelakon berusia 25 tahun itu tidak menggatal.

"Kau gatal siap kau," tulis pengguna media sosial itu.

Bagaimanapun netizen akhirnya menarik nafas lega apabila mengetahui wanita yang dipeluk Hun itu adalah kakaknya sendiri.

Kakak kepada Hun dikenali sebagai Nureen Qistina adalah pemain gitar untuk kumpulan Xpose Band.

Hun kini menjayakan rangka promosi drama bersiri berkenaan yang turut menampilkan Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.

Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, watak yang dibawanya kali ini lebih berat berbanding dengan watak yang pernah dibawa menerusi drama rantaian televisyen.

"Kali ini saya fokus dalam memilih watak yang lebih berat dan saya ingin penonton mengikuti dan menikmati perjalanan setiap watak seperti mana pelakon lain lakukan.

"Saya dan pelakon lain akan duduk berbincang dan mencari inisiatif untuk membezakan watak yang kami bawa. Watak Zamir ini agak misteri dan itulah apa yang saya cuba sampaikan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2023 @ 3:54 PM