Ayda kongsi gambar bayi lelakinya
Ayda kongsi gambar bayi lelakinya

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memilih nama Aali Mateen untuk cahaya mata lelakinya yang dilahirkan pada 12 Disember lalu.

Ayda berkata, dia dan suaminya, Nabil Mahir mengambil waktu yang lama untuk memilih nama itu.

"Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.

"Lama juga memikirkan nama anak lelaki kami ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi ibu dan ayahmu.  Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua," tulisnya.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Ayda hanya berkongsi wajah comel Aali di bahagian hidung dan mulut untuk tatapan peminatnya. 

Malah Ayda juga sudah mencipta akaun peribadi Aali yang kini sudah memiliki hampir 1000 pengikut.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2023 @ 12:50 PM