Farah Nabilah bersama suami dan bayi lelakinya.
Farah Nabilah bersama suami dan bayi lelakinya.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon Farah Nabilah berkongsi berita gembira selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Gibran seminggu lalu.

Farah atau pemilik nama penuh, Farah Nabilah Saipuddin, 31, turut berterima kasih di atas kata-kata positif dan doa semua pihak buat keluarga kecilnya.

"Assalamualaikum.. hari ini genap seminggu usia Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul. Terima kasih atas doa semua.

"Semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh. Membesar menjadi anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasullullah SAW.

"Malah, turut dilindungi dari segala kejahatan. Amin," tulisnya menerusi menerusi paparan yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi perkongsian yang di muat naik, Farah turut menyelitkan wajah anak sulungnya, Andre Omar teruja mendapat adik.

Farah mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohammed Amirul Yunus juga seorang juruterbang pada 20 Disember 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 1:03 PM