Watie.
Watie.
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak tersinggung atau terasa hati apabila suaminya itu masih merindui Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Watie berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk cemburu dengan orang yang sudah tiada.

"Tidak pernah timbul apa-apa perasaan atau terasa hati. Contohnya apabila keluarga Shuib berjumpa dengan adik Miza yang seakan-akan wajah arwah, baru-baru ini.

"Pernah juga terlintas kenapa saya tidak berasa apa-apa dengan situasi itu. Pada saya apa yang menggembirakan Shuib dan dapat mengubati hatinya, saya sentiasa sokong jika itu yang terbaik.

"Saya sentiasa ingat di minda yang mana adanya saya ketika ini kerana kisah yang lalu. Seandainya arwah masih ada, tempat saya bukan di sini (menjadi isteri Shuib). Tidak akan ada pertemuan saya dengan Shuib," katanya.

Watie berkata, dia bersyukur kerana dijauhkan daripada perasaan negatif dan berasa sedih.

Menurut Watie, dia akan memberi sokongan dalam apa jua keadaan yang membuatkan Shuib berasa bahagia.

Watie dan Shuib disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 3:40 PM