ANIQ Ezra
ANIQ Ezra
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Anak kedua pelakon popular Rozita Che Wan, Aniq Ezra dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di di Petaling Jaya, Selangor akibat demam denggi.

Rozita, 49, yang mesra disapa Che Ta berkata, pada mulanya dia menjangka anaknya keracunan makanan.

"Aniq masuk hospital apabila dia pulang ke Kuala Lumpur pada raya keempat. Pada mula ingat dia keracunan makanan sebab demam, muntah dan cirit birit.

"Apabila pergi berjumpa doktor dan ambil darah, dia disahkan terkena denggi dan terus dimasukkan wad," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Ta, dia yang dimaklumkan perkara itu mengambil keputusan untuk terus pulang dari kampung halamannya di Alor Setar.

"Mulanya saya sudah beli tiket penerbangan balik, tapi dimaklumkan tak boleh melawat. Jadi, saya tinggal lagi lah di kampung. Pagi tadi saya baru sampai Kuala Lumpur.

"Semalam baru dibenarkan melawat sebab sebelum tu kena kuarantin takut ada jangkitan Covid-19.

"Saya sedang siapkan sup ketam nak bawa ke hospital. Esok pula saya sudah mulakan penggambaran," katanya.

Che Ta berkata, doktor masih membuat pemantauan keadaan anaknya.

"Dia punya platelet darah tu rendah, jadi kena monitor lagi. Denggi pun ambil masa juga kan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 2:42 PM