Rizky Febian dan kekasihnya, Mahalini Raharja. FOTO dari Instagram Rizky Febian.
Rizky Febian dan kekasihnya, Mahalini Raharja. FOTO dari Instagram Rizky Febian.
Agensi

Jakarta: Penyanyi Rizky Febian, 24, bukan saja mengajar kekasihnya Mahalini Raharja, 22, membaca doa buka puasa, tetapi makan petai yang disukai wanita itu.

Menerusi perkongsian di YouTube Sule Family, Malini juga penyanyi dan pelakon turut dilihat mengupas sendiri kulit petai dengan tangan sebelum memakannya.

Bukan hanya petai, Rizky dan keluarganya juga menghidangkan makanan khas Sunda lain untuk Mahalini menjamu selera seperti semur jengkol, sambel goang dan gado-gado.

Mahalini ternyata tidak memilih makanan dan dia begitu menggemari hidangan ringkas 'ala kampung' yang cukup membuka selera itu terutama ketika makan bersama seisi keluarga.

"Suka. Kamu enggak (tidak) percaya aku suka pete (petai)?," kata Mahalini ringkas menerusi video itu.

Terdahulu, hubungan percintaan di antara Rizky dan Mahalini yang berlainan agama bukan rahsia dan kebanyakan netizen Indonesia mendoakannya mendapat hidayah dan memeluk Islam, sebagaimana ibu tiri Rizky, Nathalie Holscher.

Difahamkan Mahalini yang berasal dari Bali beragama Hindu. Dia juga adalah bekas peserta Indonesian Idol musim ke-10 pada 2019/2020. Pada tahun lalu, Mahalini menang anugerah Artis Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 11:56 AM