Datuk Seri Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza

Kuala Lumpur: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima permintaan penyanyi dan penulis lirik Indonesia, Mahalini, 23 yang berbesar hati untuk mencipta lagu untuk dirinya.

Siti yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah sempena menyambut ulang tahun ke-45 berkata, dia bersedia untuk bekerjasama dengan penyanyi itu.

"Masya-Allah, pulang dari umrah dapat khabar indah.. Sudah pasti kita boleh kolaborasi bersama," tulisnya ringkas di Instagram Story miliknya.

Terdahulu Mahalini berbesar hati untuk menghasilkan lagu istimewa buat Siti.

Mahalini atau Mahalini Raharja dalam satu temu bual kepada media baru-baru ini berkata, Siti adalah idolanya dalam bidang nyanyian dan dia berasa bangga sekiranya hasratnya itu menjadi kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 4:52 PM