JUSTIN dan Hailey sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata.
JUSTIN dan Hailey sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata.
Najiy Jefri


MEMASUKI usia tiga tahun perkahwinan, pasangan selebriti Justin Bieber dan Hailey Bieber dilaporkan sudah bersedia untuk memiliki zuriat.

Menurut sumber kepada portal berita US Weekly, antara perkara yang sering bermain di fikiran pasangan itu adalah soal anak.

"Anak adalah perkara yang mereka sering fikirkan ketika ini. Mereka berdua dikatakan mempunyai impian untuk memiliki anak bersama selain sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab terbabit," katanya.

Lebih menarik, pelantun lagu Sorry itu sebelum ini pernah berkongsi impiannya untuk bergelar bapa satu hari nanti.

Kata Justin dalam satu temubual pada awal tahun ini, selain memiliki bermacam-macam impian tahun ini dia juga berharap dapat menimang cahaya cahaya mata.

"Fokus utama saya pada tahun 2021 adalah meneruskan segala impian yang sudah saya susun dan berseronok sepanjang menjalani kehidupan terbabit. Tapi keluarga sentiasa menjadi keutamaan saya dan berharap dapat memiliki zuriat," katanya.

Justin juga difahamkan beberapa kali mengulang berkata dia akan mencuba untuk mendapat anak pada akhir tahun ini.

Kemudian, isterinya Hailey membalas jawapan itu dengan mengatakan mereka akan sama-sama melihat hasilnya.

Dalam masa sama, Hailey turut berkongsi impian sama iaitu memiliki anak bersama Justin.

Bagaimanapun dalam temu bual pada 2018, model jelita itu mengaku tidak terburu-buru untuk memiliki sebuah keluarga.

"Saya sukakan kanak-kanak dan tak sabar untuk memiliki anak sendiri. Saya seorang gadis yang bercita-cita tinggi dengan banyak perancangan. Ia (anak) akan berlaku tapi bukan sekarang," kata Hailey.

Justin berkahwin denganHailey d i sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Disember 2021 @ 6:30 AM