BIEBER (kiri) dan Hailey.
BIEBER (kiri) dan Hailey.
Syanty Octavia Amry

SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Justin Bieber dan isteri, Hailey Baldwin akhirnya mengadakan majlis resepsi mereka baru-baru ini.

Resepsi diadakan di sebuah resort peranginan terletak di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Bieber, 25, dan Hailey, 22, sebelum ini hanya mendaftarkan perkahwinan di ibu kota New York tanpa melakukan sebarang majlis keramaian.

Disebabkan itu, tahun ini mereka merancang majlis besar-besaran bagi meraikan ikatan cinta dengan menjemput ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pihak.

Memetik laporan People.com, sumber terdekat resort Palmetto Bluff mengatakan Justin menyewa keseluruhan resort berkenaan selama empat hari bermula 29 September hingga 1 Oktober lalu.

Pasangan itu turut meminta semua tetamu membuat pengesahan kehadiran tiga hari lebih awal bagi memudahkan pihak keselamatan menyediakan pas laluan khas untuk ke majlis berkenaan.

Difahamkan baru-baru ini, pasangan berkenaan banyak mengimbas kembali detik manis perkenalan mereka sejak zaman remaja.

Pasangan romantik itu berkahwin pada 13 September tahun lalu dan Hailey secara rasmi menukar namanya dengan menggunakan nama keluarga suaminya, Hailey Rhode Bieber.

Terdahulu, Bieber pernah bercinta dengan penyanyi Selena Gomez, manakala Hailey pula pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Shawn Mendes.

“Selepas masing-masing putus cinta, Bieber dan Hailey memutuskan untuk membuka pintu hati masing-masing serta sepakat menyimpulkan hubungan itu dengan ikatan perkahwinan,” kata sumber.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 6:31 AM