BIEBER (kiri) mengesahkan perkahwinannya dengan Hailey melalui Instagram. -Foto Agensi
BIEBER (kiri) mengesahkan perkahwinannya dengan Hailey melalui Instagram. -Foto Agensi
Reuters

LOS ANGELES: Penyanyi pop, Justin Bieber mengesahkan perkahwinannya dengan model, Hailey Baldwin apabila memuat naik status itu di media sosial, iaitu dua bulan selepas laporan mendedahkan pasangan itu sudah memperoleh lesen perkahwinan.

“Isteri saya seorang yang hebat,” kata Bieber di akaun Instagram miliknya, apabila memuat naik gambar beliau dan Baldwin sedang berjalan sambil memegang tangan.

Bieber, iaitu penyanyi kelahiran Kanada adalah antara pemuzik yang mencatat jualan album tertinggi di dunia.

Sejak melancarkan album studio terakhirnya pada 2015, beliau sering tampil dalam lagu nyanyian beberapa artis lain, termasuk lagu bertajuk ‘Cold Water’ oleh Major Lazer.

Manakala, dalam lagu ‘Despacito’ oleh bintang sensasi dunia, Luis Fonsi, Bieber tampil menyanyi dalam bahasa Sepanyol.

Pada musim panas baru-baru ini, Bieber dilaporkan bertunang dengan Baldwin, 21, yang juga anak perempuan pelakon, Stephen Baldwin dan September lalu, pihak media melaporkan pasangan itu sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat.

Malah, model kelahiran Arizona itu dilaporkan sudah menukar namanya di Instragram kepada Hailey Bieber.

Dalam pada itu, Bieber, 24, adalah penyanyi kedua selepas Katy Perry, memiliki 100 juta pengikut di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 7:59 AM