PENERBIT Eksekutif Penerbit Hiburan, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nurul Huda (tengah)dan Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH34, Shamshul Azree (dua dari Kiri) pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 secara maya di Sri Pentas. Turut sama. Haziq Hussni, Sherry Alhadad, Fauziah Latif. FOTO Rohanis Shukri
PENERBIT Eksekutif Penerbit Hiburan, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nurul Huda (tengah)dan Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH34, Shamshul Azree (dua dari Kiri) pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 secara maya di Sri Pentas. Turut sama. Haziq Hussni, Sherry Alhadad, Fauziah Latif. FOTO Rohanis Shukri
Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori dalam talian diumumkan menerusi program Melodi di TV3, hari ini.

Selain kemunculan calon wajah baru yang menjadi pilihan peminat, calon lama yang cukup sinonim dengan anugerah kebanggaan akhbar ini juga masih mendapat perhatian dan kekal relevan.

Pengarang Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamshul Azree Samshir berkata sokongan yang diberikan peminat pada proses undian peringkat pertama sangat memberangsangkan.

"Walaupun penganjuran ABPBH diteruskan lagi dalam suasana norma baharu, kami melihat peminat masih tetap setia menyokong ABPBH dengan mengundi artis-artis kesayangan mereka.

"Peminat berlumba-lumba untuk pastikan idola mereka memenangi kategori yang dipertandingkan sekaligus meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 34," katanya.

Turut diumumkan adalah 10 artis iaitu Amir Masdi, Ben Amir, Dolla, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Meerqeen, Naqiu, Sissy Imann, Siti Nordiana dan Sweet Qismina yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama lalu.

"Untuk merancakkan lagi proses undian, kami juga ingin mengumumkan senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama undian calon awal ABPBH 34," katanya.

BagiĀ undian pusingan kedua, ia bermula hari ini sehingga 31 Oktober.

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my.

Pemenang setiap kategori utama dan kategori online termasuk Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan undian tertinggi diperoleh calon Top 5 sepanjang proses undian peringkat terakhir ini.

Pengacara popular dan juga pelakon, Sherry Alhadad turut diumumkan sebagai hos utama. Manakala, hos karpet merah akan dikendalikan oleh pelakon Izzue Islam dan penyanyi serta pengacara iaitu Sissy Iman.

Pentas ABPBH 34 akan dihangatkan dengan persembahan Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Hazama, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Jay Jay, Syamel, Anuar Zain dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 13 November ini.

Bertemakan #KITABERSAMA, malam kemuncak ABPBH 34 akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Acara ini boleh disaksikan secara langsung melalui saluran TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 5:03 PM