Edlynn Zamileen Mohd Amin
Edlynn Zamileen Mohd Amin

Kuala Lumpur: Penyanyi Cik B, 16, disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri dalam biliknya di rumah.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin berkata keadaannya baik-baik sahaja namun mengakui mengalami simptom hilang deria bau.

"Jangan risau, tiada apa yang serius. Cuma, saya tak boleh bau makanan tapi rasa masih boleh sebab saya baharu kena.

"Sekarang ini, saya tengah kuarantin dalam bilik saya. Saya cuma mahu kamu tolong doakan (kesembuhan) saya, terima kasih," katanya.

Penyanyi yang juga anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu turut menasihatkan semua agar terus menjaga keselamatan masing-masing.

Terdahulu, Cik B turut berkongsi hantaran video ibunya terpaksa melakukan ujian calitan. Dia akui kasihankan ibunya kerana perlu jalani ujian itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 November 2021 @ 6:01 PM