Trenggono yang disahkan meninggal dunia di Denpasar, Bali, hari ini. 
Trenggono yang disahkan meninggal dunia di Denpasar, Bali, hari ini. 
Agensi 

 

Jakarta: "Maafkan aku tidak dapat temani papa pergi," kata penyanyi ternama Indonesia, Krisdayanti yang berkongsi berita duka mengenai pemergian bapanya, Trenggono yang disahkan meninggal dunia di Denpasar, Bali, hari ini. 

Krisdayanti menerusi hantaran di Instagram memohon orang ramai mendoakan arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 

"Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang bapa kami dalam usia 79 tahun.

"Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diteirma semua amal ibadahnya," tulisnya. 

Krisdayanti bagaimanapun tidak memaklumkan sebab kematian bapanya. 

Menerusi perkongsian itu, isteri kepada usahawan Raul Lemos itu memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir. 

Kata-kata Krisdayanti pada hantaran di akaun Instagram peribadinya mengundang kesedihan dalam kalangan netizen serta rakan-rakan artis.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 7:35 PM