RAIN jual bangunan miliknya.
RAIN jual bangunan miliknya.
Agensi

Seoul: Penyanyi dan pelakon Rain meraih keuntungan sebanyak RM110 juta selepas menjual bangunan miliknya yang dibeli 13 tahun lalu.

Rain menjual bangunan enam tingkat miliknya di daerah Cheongdam-dong, Seoul pada harga 49.5 bilion Won (RM181 juta).

Ketika membeli bangunan itu pada 2008, penyanyi Love Song itu hanya membayar 16.8 bilion Won (RM60.9 juta).

Bagaimanapun, jumlah sebenar keuntungan diperoleh Rain sedikit susut selepas mengambil kira kos ubahsuai yang dilakukannya termasuklah pemotongan harga cukai, pindah milik nama dan komisen broker.

Menerusi laporan sebuah portal berita Korea Selatan, pakar hartanah mendedahkan, antara faktor yang menyebabkan nilai bangunan tersebut naik mendadak kerana lokasinya yang strategik berdekatan stesen kereta api bawah tanah Cheongdam dan kedai-kedai barangan mewah.

Sebelum ini, Rain menggunakan bangunan itu untuk syarikat rakaman miliknya, Rain Company.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 4:16 PM