KEVIN bersama Black (kanan)
KEVIN bersama Black (kanan)
Agensi

Chicago: Bintang filem School of Rock, Kevin Clark, 32, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta, di sini, hari ini.

Menurut polis, individu yang melanggarnya adalah wanita berusia 20 tahun. Bagaimanapun, wanita terbabit tidak ditangkap namun dikenakan saman atas kesalahan jalan raya.

Pemergiannya itu turut diratapi rakan artis lain termasuk pelakon, Jack Black. Black turut memberikan penghormatan buat Clark menerusi hantaran di Instagram.

"Berita yang meremukkan hati. Kevin sudah tiada. Terlalu cepat pergi. Insan yang baik. Terlalu banyak kenangan bersama. Remuk hati. 

"Semoga tabah buat keluarganya dan keseluruhan komuniti School of Rock," tulisnya.

Clark sangat popular menerusi wataknya sebagai Freddy Jones dalam filem itu pada 2003. Dia turut terbabit dalam sesi 'reunion' bersama pelakon filem terbabit pada 2013 dan 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 2:12 PM