TAEYEON
TAEYEON
Agensi

Korea Selatan: Seakan 'trend' apabila menjelang penghujung 2020, menyaksikan kemunculan begitu banyak artis K-Pop yang melakukan 'comeback' dan muncul dengan album baru.

Bukan sahaja NCT 2020, Kai EXO, dan BoA, malah Taeyeon yang juga anggota Girls Generation dikatakan sudah bersiap sedia untuk membuat projek 'comeback'.

Menerusi Instagram (IG), Taeyeon berkongsi berita gembira itu apabila memuat naik beberapa foto terbarunya. 

Ia mempamerkan foto-foto cantiknya dengan gaya 'cute' dengan berpakaian kasual.

Pengumuman Taeyeon untuk kemunculan semulanya itu mendapat sambutan baik dan positif daripada para SONE dan pengikut di media sosial yang hingga kini setia menyokong serta mengucapkan tahniah. 

Tidak terkecuali, bekas anggota Girls Generation iaitu Tiffany Young juga menunjukkan sokongan padu kepada rakan baiknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 1:14 PM