BRUCE Williamson
BRUCE Williamson
Agensi

BEKAS penyanyi utama kumpulan The Temptations, Bruce Williamson, 49, meninggal dunia di kediamannya di Las Vegas, Amerika Syarikat akibat jangkitan Covid-19, kelmarin.

Anaknya, Bruce, 28, dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa sedih dan menyifatkan mendiang bapanya seorang individu yang hebat dan penyayang.

"Tiada kata yang mampu saya ungkapkan mengenai perasaan saya sekarang. Saya sangat mencintaimu. Terima kasih kerana menjadi bapa yang terbaik dan penyayang. Saya berdoa semoga kita bertemu lagi," katanya.

Menurut Bruce, dia akan memastikan legasi bapanya diteruskan dan menganggap industri muzik kehilangan seorang ikon seni.

"Ramai yang menyayanginya. Bapa saya seorang insan yang hebat. Di mata saya, kita kehilangan seorang ikon. Saya akan pastikan legasinya terus diwarnai," katanya.

Williamson mula menyertai The Temptations pada tahun 2006 sehingga 2015. Kemudian penyanyi yang terkenal dengan irama soul dan R&B itu menguruskan kerjaya solonya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 11:27 AM