Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi hari ini. FOTO Afdlin Shauki
Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi hari ini. FOTO Afdlin Shauki
Georgie Joseph


BAPA pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi hari ini.

Berita sedih itu dikongsi Afdlin, 49, menerusi Instagram dan meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Allahyarham bapanya.

"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami Aksan Abu Bakar sudah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 11 Ogos 2020, pukul 2.57 pagi di PPUKM, KL.

"Sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman," tulisnya.

Afdlin juga mengakui pasti merindui senyuman ceria bapa tersayangnya itu dan meminta keampunan bagi pihak arwah daripada sesiapa yang mengenalinya.

"Senyuman terakhir bapa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri.

"Bapaku yang tercinta, dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan dia pernah lakukan kepada sesiapa yang mengenalinya.

"Tolong ampunkan ya! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa. Al-fatihah, I love you papa...Assalamualaikum," katanya.

Bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan penyakit yang dihidapI Allahyarham.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 8:25 AM