Kuala Lumpur: Bapa pelakon, Lana Nodin iaitu Hasan Nodin meninggal dunia, malam semalam. 

Lana menerusi Instagram memohon menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah buat Allahyarham bapanya. 

"Sesiapa yang mengenalinya, saya mohon maaf bagi pihak ayahanda jika ada salah silap. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," tulisnya. 

Dalam hantaran sama, Lana turut memuat naik gambarnya menangis di sisi jenazah bapanya. 

Di Instagram Story, Lana turut memuat naik video anaknya yang menangis. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2022 @ 9:04 PM