“KALAU bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen . Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja,” kata pelakon Liyana Jasmay mengenai dia memuat naik gambar terbarunya yang tidak lagi bertudung.
Rata-rata pengikutnya di Instagram mempertikaikan tindakan Liyana yang berkongsi gambar dan video tanpa memakai tudung ketika bercuti di Gold Coast, Australia bersama pelakon Intan Ladyana.
Walaupun gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram menerima kecaman teruk netizen, namun ada juga pengikut yang terus mendoakan Liyana supaya kembali bertudung.
Liyana mula mengenakan tudung pada akhir Julai 2017.