Sudirman Mohd Tahir


KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri lima artis popular ini lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Sejak masing-masing berkongsi wajah anak di laman Instagram, peminat juga tidak sabar untuk melihat mereka melaram pada hari raya.

Berikut lima artis yang menyambut Aidilfitri bersama anak pertama mereka.

1. Shaheizy Sam

Anak lelaki Sam yang diberi nama Syeriv Samheizy itu dilahirkan pada 9 Mei lalu. Pun begitu nama anak kepada pasangan pelakon Sam dan Syatilla Melvin ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat yang mempersoalkan maksud nama anak mereka.

Sam, Syatilla Melvin dan anak mereka, Syeriv Samheizy. FOTO Instagram Shaheizy Sam
Sam, Syatilla Melvin dan anak mereka, Syeriv Samheizy. FOTO Instagram Shaheizy Sam

2. Syamsul Yusof

Pada raya pertama lalu pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah memilih warna biru sebagai tema. Anak lelaki mereka iaitu Syaikhul Islam juga mengenakan warna sedondon.

Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan anak mereka, Syaikhul Islam. FOTO Instagram Syamsul Yusof
Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan anak mereka, Syaikhul Islam. FOTO Instagram Syamsul Yusof

3. Saharul Ridzwan

Nampak pelik, tapi itulah realiti apabila pelakon Saharul Ridzwan masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak lelaki mereka apabila diletakkan topeng. Ada berkata lebih baik jangan bergambar dan memuat naik di Instagram jika ingin disembunyikan wajah anak.

Saharul Ridzwan masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak lelakinya. FOTO Instagram Saharul Ridzwan
Saharul Ridzwan masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak lelakinya. FOTO Instagram Saharul Ridzwan

4. Stacy

Jika tahun lalu pasangan penyanyi popular Akim dan Stacy menyambut Aidilfitri bersama anak angkat mereka Bella, tahun ini mereka beraya berempat. Kehadiran anak perempuan yang diberi nama Eeshaal menyerikan lagi 1 Syawal mereka sekeluarga.

Pasangan Akim dan Stacy menyambut Aidilfitri berempat. FOTO Instagram Stacy
Pasangan Akim dan Stacy menyambut Aidilfitri berempat. FOTO Instagram Stacy

5. Adira

Penyanyi Adira yang selamat bersalin anak perempuan pada 11 Mac lalu tidak ketinggalan menyambut Aidilfitri bersama suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di kampung halamannya di Kota Kinabalu.

Adira bersama anak perempuannya. FOTO Instagram Adira
Adira bersama anak perempuannya. FOTO Instagram Adira

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2017 @ 1:45 PM