HARIS (depan empat dari kanan) bersama pemilik taska pada majlis pelancaran Kempen Inisiatif Hijau Untuk Taska.
HARIS (depan empat dari kanan) bersama pemilik taska pada majlis pelancaran Kempen Inisiatif Hijau Untuk Taska.
Zaitie Satibi


IBARAT pepatah, ‘melentur buluh, biarlah daripada rebungnya’, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Kempen Inisiatif Hijau Untuk Taska (GIFT) sebagai landasan mendidik dan mengasuh kanak-kanak prasekolah berkenaan kepentingan tumbuhan hijau dalam kehidupan seharian.

Kempen yang menggalakkan usaha penanaman pokok di taska selain penerapan silibus berkenaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pembelajaran awal kanak-kanak itu dilancarkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, membabitkan 198 taska di bawah pentadbiran MBSA, baru-baru ini.

GIFT juga kesinambungan program Zon Bersih dan Zon Bersih Mini (Mini ZeeBee), selain selaras dengan objektif Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon 2030.

Ia yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Taska Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Selangor menyediakan beberapa program dan aktiviti berdasarkan garis panduan ditetapkan MBSA. Antara matlamat yang disasarkan menerusi program ini adalah untuk mendidik dan mengasuh generasi muda berkenaan konsep amalan hijau.

Haris berkata, amalan inisiatif hijau seperti penanaman sekurang-kurangnya sebatang pokok di taska selain pendedahan berkenaan kepentingan mengekalkan kehijauan bumi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 9:01 AM