SEBAHAGIAN peserta bergotong-royong membersihkan sekitar pekarangan Masjid Kampung Darat.
SEBAHAGIAN peserta bergotong-royong membersihkan sekitar pekarangan Masjid Kampung Darat.
Fazurawati Che Lah

Kesibukan dalam menguruskan kerjaya dan pelajaran, tidak menghalang 150 warga Universiti Utara Malaysia untuk menabur bakti dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Setulus Hati Bersama Penduduk Kampung Darat di Masjid Kampung Darat, Changlun, Kedah, baru-baru ini.

Program yang membabitkan mahasiswa dan pensyarah dari Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) dan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) itu mendapat kerjasama UMW GRANTT serta Persatuan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (IBMS).

Pengarah projek Lizayati Abu Hassan berkata, program itu sebagai tanda prihatin warga kampus UUM dalam mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat di samping mengikat silaturahim.

Menurutnya, staf UUM juga berpeluang menabur bakti dan memberi khidmat kepada orang kampung di samping melahirkan perasaan prihatin terhadap kesusahan masyarakat dengan menyerlahkan semangat kesukarelawanan.

SEBAHAGIAN peserta bergotong-royong membersihkan sekitar pekarangan Masjid Kampung Darat.
SEBAHAGIAN peserta bergotong-royong membersihkan sekitar pekarangan Masjid Kampung Darat.

“Selain bergotong-royong bersama penduduk, kami berpeluang menyelami kehidupan mereka sambil memberi sumbangan berupa barangan keperluan, sekali gus menanam kesedaran bahawa silaturahim amat penting dalam menyatukan masyarakat,” katanya.

Penuntut Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa Amira Farhana Jufaizal Azaizul, 23, berkata, program CSR seperti itu mendidik peserta menjadi manusia yang berhati mulia dalam melakukan kebaikan.

Menurutnya, program itu bukan sahaja membabitkan penuntut dengan penduduk kampung, malah turut disertai pensyarah dan kakitangan UUM yang secara tidak langsung mereka dapat saling mengenali lebih erat dan memupuk semangat bekerjasama.

SEBAHAGIAN peserta bergotong-royong membersihkan sekitar pekarangan Masjid Kampung Darat.
SEBAHAGIAN peserta bergotong-royong membersihkan sekitar pekarangan Masjid Kampung Darat.

Sepanjang program itu, mereka saling membantu membersihkan kawasan sekitar termasuk masjid dan bangunan yang menempatkan pelajar Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

“Melalui program ini, saya mengetahui masalah sebenar yang dihadapi penduduk kampung ini dan sekali gus menjadi platform kepada warga UUM menyumbang kembali kepada penduduk sekitar yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Ibrahim Arifin berkata, usaha yang dijalankan UUM itu adalah sangat baik memandangkan universiti itu berdekatan Kampung Darat.

PENSYARAH Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) Dr Mohd Haniff Jedin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penduduk di pekarangan Masjid Kampung Darat.
PENSYARAH Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) Dr Mohd Haniff Jedin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penduduk di pekarangan Masjid Kampung Darat.

“Alhamdulillah, keprihatinan UUM terhadap masyarakat di sini, sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi keceriaan kepada penduduk.

“Program yang menyerlahkan semangat kesukarelawanan ini juga perlu diteruskan pada masa hadapan dan berharap hubungan yang sudah terjalin ini akan berpanjangan serta ada kesinambungan untuk menjalankan pelbagai aktiviti dari semasa ke semasa,” katanya.

IKATAN silaturahim terjalin mesra.
IKATAN silaturahim terjalin mesra.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 1:38 PM