Najib diiringi Hishammuddin dan Abdul Azeez melepaskan peserta konvoi amal Jelajah Malaysia-Thailand di pekarangan PWTC, hari ini. FOTO Yazit Razali
Najib diiringi Hishammuddin dan Abdul Azeez melepaskan peserta konvoi amal Jelajah Malaysia-Thailand di pekarangan PWTC, hari ini. FOTO Yazit Razali

Kuala Lumpur: Sebanyak 80 kenderaan pacuan empat roda memulakan konvoi amal Jelajah Malaysia-Thailand selama lima hari bermula hari ini.

Konvoi anjuran Biro Kebajikan UMNO dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Kelab Pacuan Empat Roda Selangor itu dilepaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dengan diiringi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Peserta konvoi akan ke Gerik , Baling, Pengkalan Hulu, Betong dan Yala, Thailand.

Konvoi berkenaan bertujuan mengedar pakaian dan peralatan sekolah untuk kanak - kanak miskin dan kurang berkemampuan di lima daerah berkenaan.

Abdul Azeez berkata, pasukan konvoi yang terdiri daripada golongan profesional di kawasan Selangor membawa barangan dan kelengkapan bernilai lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 10:45 AM