MUHAMMAD Halim Yatim (tiga kanan) bersama pegawainya menunjukkan empat laras senapang buatan sendiri yang berjaya dirampas dalam ops cantas dan menahan tiga lelaki warga emas berusia diantara 60 ke 67 tahun malam selasa lalu dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan. FOTO Nur Syazwana Mansor

Oleh Nur Syazwana Mansor

Yan: Polis menahan seorang lelaki berusia 67 tahun kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti membuat dan menjual senjata api buatan sendiri di Kampung Teroi Bukit, dekat, sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, dalam serbuan 10.45 malam, pihak polis juga merampas empat laras senapang patah dan peralatan lain dipercayai digunakan untuk membuat senjata api berkenaan.

Katanya, selain itu pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 60 dan 62 tahun dipercayai membeli senjata api berkenaan daripada suspek.

"Kesemua suspek kini ditahan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 akta sama.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menggesa orang awam yang pernah membeli senjata api berkenaan supaya tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2015 @ 12:53 PM