BOMBA berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan pembaca
BOMBA berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan pembaca
Nur Syazwana Mansor


Yan: Sebanyak tujuh rumah kedai musnah dalam satu kebakaran di Pekan Teroi, di sini, kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Md Fazil Saari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.20 petang tadi dan tiba pada jam 2.28 petang.

Katanya, seramai 20 anggota dari BBP Yan dan BBP Guar Chempedak bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran selain dibantu lapan pasukan bomba sukarela dari Pendang, Guar Chempedak, Gurun, Sungai Limau, Kota Sarang Semut dan Kuala Kedah.

Katanya, ketika tiba, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan tujuh buah rumah kedai kelas C, namun ketika kejadian hanya sebuah rumah sahaja yang berpenghuni, manakala yang lain tiada kerana mereka bercuti.

"Terdapat seorang warga emas, yang juga pengusaha kedai makan berada di dalam rumahnya ketika kejadian namun, mangsa berjaya keluar dari rumah terbabit tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"€œKerja-kerja memadamkan api masih diteruskan sehingga kini bagi mengawal kebakaran dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 5:24 PM