Pihak berkuasa memeriksa mayat mangsa. - Foto Ihsan Pembaca
Pihak berkuasa memeriksa mayat mangsa. - Foto Ihsan Pembaca
Mayat mangsa yang berada di tempat duduk pemandu. - Foto Ihsan Pembaca
Mayat mangsa yang berada di tempat duduk pemandu. - Foto Ihsan Pembaca
Oleh Ahmad Saufi Mansor


Songkhla (Selatan Thailand): Seorang ahli perniagaan warga Malaysia terbunuh manakala teman wanitanya cedera akibat terkena tembakan dilepaskan sekumpulan lelaki di Jalan Kanchanavanit, Thung Lung, dekat sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 54 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah, memandu kereta Mercedes Benz S300 bersama teman wanita berusia 40-an, dipercayai dalam perjalanan ke Hatyai.

Sumber Polis Diraja Thailand berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan dari arah Sadao menuju Hatyai apabila sekumpulan lelaki melepaskan tembakan menggunakan raifal M-16 selepas menghalang kereta dipandu mangsa terbabit.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala teman wanitanya yang cedera, dikejarkan ke hospital berhampiran.

"Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung serangan terbabit bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2015 @ 8:46 PM