FOTO Muhaizan Yahaya
FOTO Muhaizan Yahaya
Oleh Farah Suhaidah Othman

Kuala Kangsar: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim menyertai program Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin di Jalan Tun Razak, di sini, pagi ini.

Selepas tiba di lokas larian, pada 6.50 pagi, Sultan Nazrin kemudiannya melepaskan kira-kira 3,300 peserta dan mengetuai larian 200 tetamu kenamaan mengelilingi pekan Kuala Kangsar.

Turut menyertai larian berkenaan ialah lima lagenda sukan negara seperti Datuk Marina Chin, Datuk Poon Fook Loke, Rabuan Pit, Samson Vellabouy dan isteri, Josephine Mary.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2015 @ 9:37 AM