SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) bersama Tuanku Zara Salim melambai tangan ketika menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2018 di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, hari ini. Turut menyertai larian, Raja Azlan Muzaffar Shah, Raja Nazira Safya dan Ahmad Faizal. FOTO Abdullah Yusof.

Mohd Hafizee Mohd Arop dan Zahratulhayat Mat Arif

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2018 di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, hari ini.

Turut menyertai larian, Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Azlan Muzzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Datin Seri Nomee Ashikin serta barisan EXCO negeri.

Larian sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang disambut pada 2 November lalu itu menyaksikan hampir 7,000 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Sultan Nazrin turut berkenan melakukan pelepasan peserta larian pada 6.45 pagi membabitkan kategori 15 kilometer (km), 10km dan 7km.

Pelepasan kategori tetamu kehormat yang membabitkan jarak 2km dilakukan oleh adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Larian bagi kategori tetamu kehormat turut disertai barisan pemain skuad Piala Malaysia diketuai ketua jurulatih Mehmet Durakovic dan pemain skuad hoki Piala Razak.

Selepas larian, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara dijangka berkenaan untuk turut bersama-sama penyokong bagi sambutan meraikan Piala Malaysia dan Piala Razak yang diadakan di dataran ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 November 2018 @ 8:56 AM