Oleh Mohd Rizal Abdullah

Marudi: Kira-kira 1,500 penduduk yang terjejas akibat banjir di tiga kawasan di Marudi dan Miri sejak Selasa lalu menerima bantuan makanan yang mula diagihkan petang tadi.

Bantuan berupa makanan asas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) itu diagihkan di tiga kawasan iaitu Long Panai dan Long Iman di Marudi dan Kampung Melinau, Mulu di Miri menggunakan helikopter dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri pada 3 petang.

Pegawai Tadbir Sarawak, Reagon Edwin berkata, paras air di dua kawasan iaitu di Kampung Melinau dan Long Iman menunjukkan penurunan manakala Long Panai masih terjejas.

"Kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan sudah dapat melakukan aktiviti harian berbanding penduduk di Long Panai," katanya.

Sementara itu banjir di Limbang turut mencatatkan penurunan paras air. Bagaimanapun, pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Medamit, Limbang masih dibuka.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Suboh Posa berkata, 300 penduduk dari Kampung Hujung Medamit masih ditempatkan di pusat penempatan sementara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 9:25 PM
BANTUAN diserahkan kepada penduduk di Long Panai. FOTO Mohd Rizal Abdullah
BANTUAN diserahkan kepada penduduk di Long Panai. FOTO Mohd Rizal Abdullah
PENDUDUK membantu memindahkan bantuan makanan ke dalam helikopter di Lapangan Terbang Marudi. FOTO Mohd Rizal Abdullah