Anggota bomba menjalankan rondaan di kawasan banjir di Nanga Medamit. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba menjalankan rondaan di kawasan banjir di Nanga Medamit. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


Limbang: Seramai 81 orang membabitkan 24 keluarga dipindahkan ke Dewan Masyarakat Medamit, hari ini, akibat banjir di kawasan Nanga Medamit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa dipindahkan pada jam 3 petang tadi selepas paras air meningkat.

"Jumlah mangsa dijangka bertambah berikutan paras air semakin meningkat sehingga hampir melepasi tingkap rumah penduduk," katanya.

Farhan berkata, banjir turut menjejaskan kawasan Baram terutama di sekitar Long Sobeng dengan paras air meningkat tiga meter.

"Setakat ini lima guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sobeng dipindahkan ke Rumah Panjang Long Sobeng selepas kuarters mereka dinaiki air," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:59 PM