FOTO Zaman Huri Isa
FOTO Zaman Huri Isa
Oleh Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Seorang murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi, Miksudiar Aluj, 11, yang ditemui selamat selepas 47 hari hilang bersama rakannya dibenarkan keluar selepas 38 hari dirawat Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) di sinipagi tadi.

Miksudir yang turut ditemani kakaknya Rina dan beberapa kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dilihat keluar jam 11.30 pagi tadi.

Jurucakap hospital berkata, sejak dia dimasukkan di hospital ni sejak 9 Oktober lalu, kesihatannya semakin baik disamping berat badannya juga bertambah sebanyak 8 kilogram.

"Bagaimanapun, dia perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang untuk memastikan tahap kesihatannya berada pada tahap yang baik sebelum dibawa pulang ke rumahnya yang terletak di Kampung Penad,"katanya.

Miksudiar dan Norrien Yaakob, 10 ditemui selamat selepas 47 hari hilang di hutan manakala empat ditemui mati dan seorang lagi masih hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2015 @ 1:51 PM