Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Gombak: Dua mesin ATM sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, di sini diletupkan penjenayah, awal pagi ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, suspek dipercayai lebih daripada tiga orang terbabit dalam rompakan bank itu menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata penjenayah memakai topeng muka dan menaiki Honda Odyssey.

"Penjenayah melarikan RM160,000 dengan melarikan laci mesin ATM terbabit.

“Suspek dipercayai menggunakan bom paip dengan menggunakan jangka masa 25 saat sebelum meletupkan mesin terbabit.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti suspek dan pemilik kenderaan yang digunakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 3:15 PM