AIR Sungai Benut yang melimpahi kawasan di Kampung Paya Pelembang mukim ulu Benut, Simpang Renggam. FOTO Mohd Azren Jamaludin
AIR Sungai Benut yang melimpahi kawasan di Kampung Paya Pelembang mukim ulu Benut, Simpang Renggam. FOTO Mohd Azren Jamaludin
AIR Sungai Benut yang melimpahi tebing memenuhi kawasan perumahan di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam, semalam. FOTO Adnan Ibrahim
AIR Sungai Benut yang melimpahi tebing memenuhi kawasan perumahan di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam, semalam. FOTO Adnan Ibrahim
Oleh Adnan Ibrahim


Simpang Renggam: Jumlah mangsa banjir di sini meningkat kepada 210 orang sehingga 12 tengah hari ini berbanding 190 orang semalam.

Pegawai Daerah Kluang, Mohd Fuad Radzuan berkata, perkembangan keadaan cuaca belum ada tanda-tanda air akan surut menyebabkan semua mangsa tidak dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

Katanya, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Seri Kencana menempatkan tiga mangsa daripada dua keluarga, Balai Raya Kampung Palembang (75 orang daripada 15 keluarga) dan Kampung Kolam Air (62 daripada 12 keluarga).

"Tiga pusat baru yang dibuka petang semalam adalah di Balai Raya Sungai Linau yang menempatkan 16 orang daripada lima keluarga, Balai Raya Kampung Seri Mahu Jaya (40 orang daripada 13 keluarga) dan Balai Raya Kampung Ithnin Maarof (14 orang dari 4 keluarga)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 2:50 PM