Oleh Hayati Ibrahim

Kuala Lumpur: Budaya menghisap rokok elektronik dan vape menjadi trend dalam kalangan rakyat di negara ini. Ada mendakwa ia mampu menghilangkan kesan ketagihan bagi perokok tegar yang mencuba untuk berhenti merokok.

Usaha mereka amat murni kerana berjuang untuk cuba berhenti merokok selepas puluhan tahun menjadi perokok tegar, dengan mencari alternatif kepada rokok termasuk vape.

Kejayaan itu turut dikongsi perokok tegar selama 20 tahun yang mengakui pengambilan vape sejak lebih sebulan lalu membantu mengurangkan ketagihan terhadap rokok.

Malah, dia langsung tidak membeli dan merokok sebaliknya menghisap vape bagi menggantikan pengambilan 20 batang rokok sehari dan kini dia mengambil vape pada waktu malam.

“Pada saya vape antara pilihan tepat untuk mereka yang berhenti merokok. Sekarang saya hanya menghisap vape pada sebelah malam, dan saya harap selepas ini saya dapat berhenti menghisap vape sekali gus membebaskan diri daripada vape dan rokok,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:36 AM