Hishammuddin maklumkan negara ASEAN perlu bersatu dan menyampaikan mesej jelas kepada dunia luar mengenai ketegasan dalam menangani isu keganasan . FOTO Asyraf Hamzah
Hishammuddin maklumkan negara ASEAN perlu bersatu dan menyampaikan mesej jelas kepada dunia luar mengenai ketegasan dalam menangani isu keganasan . FOTO Asyraf Hamzah
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Fardy Bungga


Subang Jaya: Negara ASEAN perlu bersatu dan menyampaikan mesej jelas kepada dunia luar mengenai ketegasan dalam menangani isu keganasan dan akan mengambil langkah proaktif bersama.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, isu menangani keganasan itu perlu dibuat secara kolektif dan semua pihak harus menggalas tanggungjawab itu bersama.

"Kita mengambil pendirian bersama dan mengutuk keras terhadap gerakan menyebarkan fahaman ekstremisme seperti Negara Islam (IS) dan organisasi sepertinya.

"Ini bukan kerja yang mudah dengan keadaan dunia tanpa sempadan dan landskap politik serta keselamatan yang kompleks," katanya dalam ucaptama Mesyuarat Menteri - Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) - 10 di Saujana Resort, di sini, pagi tadi.

Menurutnya , negara ASEAN harus terus mempromosi program dialog antara negara anggota bagi memastikan keamananan dan kestabilan serantau serta mencapai matlamat menentang keganasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 12:43 PM