MANGSA tercampak ke atas jalan akibat kemalangan. FOTO ihsan pembaca
MANGSA tercampak ke atas jalan akibat kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Burtterworth: Calon SPM lelaki koma selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Teluk Air Tawar,dekat sini, 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Farhan, parah di bahagian kepala selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta sebelum tercampak di atas jalan.

Difahamkan, mangsa yang baru sahaja selesai peperiksaan kertas Pengajian Seni dalam perjalan pulang ke rumahnya di Permatang Sintok,Kepala Batas.

Sebaik tiba di persimpangan Jalan Kepala Batas, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh kereta berkenaan.

Farhan yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Air Tawar itu patah paha kiri dan cedera di bahagian muka sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi mendapatkan rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan menyiasatnya mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 10:43 PM