RAKAMAN dari pesawat tentera Filipina menunjukkan aktiviti penebusgunaan tanah oleh China di kepulauan Spratly di Laut China Selatan. FOTO Reuters
RAKAMAN dari pesawat tentera Filipina menunjukkan aktiviti penebusgunaan tanah oleh China di kepulauan Spratly di Laut China Selatan. FOTO Reuters
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur : Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti ketenteraan yang boleh menggugat ketenteraman di rantau ini khususnya di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kehadiran kapal perang China dan Amerika Syarikat di perairan terbabit baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam negara rantau ini.

"Malaysia akan meminta penjelasan daripada pemimpin kedua-dua negara itu pada Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN yang akan disertai oleh delegasi China dan Amerika Syarikat itu," katanya pada sidang media di Saujana Resort, hari ini.

Beliau mengadakan sidang media selepas membuat lawatan persiapan terakhir Mesyuarat Menteri - Menteri ASEAN (ADMM) yang akan membuka tirai secara rasminya esok.

ADMM akan dihadiri semua negara ASEAN dan juga lapan rakan dialog termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea, Rusia dan Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 3:11 PM