ANGGOTA Tentera Laut Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam latihan perubatan di USS Lassen di Laut China Selatan pada 28 Oktober lalu. FOTO Reuters
ANGGOTA Tentera Laut Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam latihan perubatan di USS Lassen di Laut China Selatan pada 28 Oktober lalu. FOTO Reuters
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter menegaskan kehadiran kapal perang milik negara itu di Laut China Selatan bukan perkara baru, sebaliknya aktiviti penggalian, menuntut dan menghantar tentera adalah perkara baru dan perlu diambil perhatian.

Menurutnya, beberapa menteri pertahanan ASEAN turut menentang permintaan China untuk mengecualikan isu Laut China Selatan.

"Isu ini sangat penting dan tuntutan China terhadap kawasan laut yang kaya dengan sumber mineral dan menjadi laluan utama perdagangan minyak dunia.

"Bukan sahaja China, malahan beberapa negara ASEAN turut sama menuntut antara Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Taiwan tetapi belum ada sebarang tindakan,"katanya pada sidang media, di Hotel Saujana, Subang, hari ini.

Katanya, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan (ADMM) Plus yang diadakan ini sangat bermanfaat dan menjadi platform penting untuk negara berkaitan menyuarakan kebimbangan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 7:32 PM