Budak lelaki yang dilarikan ditemui selamat. FOTO ihsan pembaca
Budak lelaki yang dilarikan ditemui selamat. FOTO ihsan pembaca
Oleh Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Budak lelaki berusia setahun 11 bulan dilarikan seorang lelaki dari rumahnya di Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini, 6.15 petang tadi sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Gombak dan ditemui orang ramai pada 7 malam tadi.

Difahamkan, mangsa dilarikan ketika berada di pekarangan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek melarikan mangsa menggunakan motosikal.

Katanya, suspek dipercayai meninggalkan kanak-kanak itu selepas mengetahui dia diburu polis.

“Mangsa ditemui tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 10:25 PM