Klopp tidak mendapat khidmat Benteke kerana cedera lutut. - Pix Reuters
Klopp tidak mendapat khidmat Benteke kerana cedera lutut. - Pix Reuters

London: Penyerang Liverpool Christian Benteke sah tidak dapat diturunkan pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris menentang Bournemouth di Anfield awal pagi esok akibat kecederaan lutut.

Penyerang Belgium itu turut diragukan beraksi pada pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Chelsea, Sabtu ini, menurut laporan media Britain hari ini.

Berita itu tamparan hebat kepada pengurus Juergen Klopp yang berdepan ketumpulan di bahagian serangan akibat ketiadaan Daniel Sturridge dan Danny Ings.

Pilihan sedia ada pengurus Jerman itu adalah penyerang berusia 20 tahun Divock Origi. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 7:31 PM