Oleh Erywan Norshal


Tokyo: Honda Motor Co Ltd memperkenalkan model konsep terbarunya menerusi Honda Clarity Fuel Cell di Pameran Motor Tokyo yang berlangsung sebentar tadi.

Kereta sedan itu bakal menjadi penanda aras bagi kategori kenderaan sel bahan api(FCV) pada masa akan datang.

Ia sudah dibangunkan dengan teknologi Honda sebelum ini, tetapi lapisan sel bahan api dikecilkan sehingga 33 peratus yang turut menyalurkan lebih kuasa sehingga 100 kw.

Kombinasi rangkaian kuasa yang lebih jimat itu membuatkan ia mampu dipandu melebihi 700 kilometer sekali gus menjadi FCV paling jauh boleh dipandu setakat ini.

Honda Clarity Fuel Cell bakal dijual untuk pasaran Jepun pada Mac tahun depan.

Pelancaran itu disempurnakan Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Wakil Pengarah Honda Motor Co Ltd, Takahiro Hachigo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 12:53 PM
HONDA Clarity Fuel Cell yang dilancarkan di Pameran Motor Tokyo. FOTO Erywan Norshal
HONDA Clarity Fuel Cell yang dilancarkan di Pameran Motor Tokyo. FOTO Erywan Norshal